Sunday, May 27, 2012

Gabungan dua versi

Mungkin.

Bagi ibu-ibu di luar sana tidak menghadapi masalah dalam menghidangkan hidangan yang hebat kepada keluarga tercinta.  Tiap-tiap hari menggodek segal jenis resepi.  Sudah menjadi kebiasaan kepada aiy , sebelum memulakan projek masak memasak ini terlebih dahulu aiy akan bertanya dahulu kepada semua.  Seriau juga kekalau tidak menarik perhatian ahli family.





Resepi bukan daging cincang berempah dan tanpa kekacang.  Hehehe sesaja ubah nama resepi.  Sebab tersalah baca resepi punya pasal.  Gara-gara teruja dengan resepi dari blog MGB.  Memang terbukti kesedapannya.  Walaupun tidak seperti yang disarankan.  Janji tetap menggunakan bahan utama iaitu daging.  Haru dan pening.




Sayur-sayuran bila time hendak senang dan cepat.  Segala jenis kukus sahaja.  Kalau rajin , disapukan dengan butter  sebelum boleh dihidangkan.  Kalau tidak , hidang sebegitu sahaja.  Tetap sedap juga.  Tidak berminyak dan satu hidangan yang sihat.  Ayat hendak sedapkan hati.  Nanti orang fikir lain pula.







Maka dihidangkan bersama baked patotoes dan cheese.  Senang.  Lengkap segala jenis pyramid makanan.  Tetiba ikut sesangat kan.  Padahal selama ini tidak ambil peduli pun mengenai pyramid makanan tersebut.

Pedas dan berlemak.  Kalau makan sebegini selalu senang sikit kerja aiy setiap hari kan.  Jemu juga akhirnya my kiddos kalau nampak macam ini setiap hari.  Mahu berpuasa makan gamaknya nanti mereka semua.

Sekali-sekala.

Saturday, May 26, 2012

Ubah dan Tambah

Jemu.

Sudah tidak tahu hendak masak apa lagi.  Sebab tuan punya badan sememangnya tidak pandai memasak.  Maka tidak sehebat mereka yang kreatif dalam bidang masakan.  Maka perlu ada idea yang membantu.  Wah membantu sesangat gamaknya.

Tekak hendak makan spaggeti tetapi tidak mahu yang seperti biasa.





Idea yang bagus sekali.  Yang buat aiy terkedu bila ada penambahan di segi cara penyediaanya.  Kira sudah kerja lebih masa ini.






Panggang udang.  Walaupun tidak sehebat yang terdapat di homebase.  Berasap dapur aiy.  Tiada boleh membantu sebab kalau dibantu rasanya udang tersebut tidak sempat dimakan bersama spaggeti.  Terus sumbat ke dalam mulut si pembantu tambahan. Hehehe




Versi ayam penyet.  Kena kukus ayam dahulu bersama rempah ratus.





Sebelum di goreng , salutkan dahulu dengan tepung yang digaul dengan rempah kari.  Sedap sekali rempah campur serbuk kari.





Tidak patut kalau dihidang sebegitu rupa , perlulah dipotong kecil-kecil.  Senang hendak dimakan bersama spaggeti.  Tidak tahu dari mana datangnya idea ini.

Bolehlah sekali sekala berubah selera.

Thursday, May 24, 2012

Indah ciptaan-Nya

Projek berkebun.

Bukan di rumah sendiri tapi di skull my kiddos.  Kebun rumah sendiri tidak terjaga , dok sibuk hendak berkebun di skull kununnya.  Aktiviti mengeratkan hubungan antara ibu bapa.  Tcher dok mengajar.  Senang sahaja.  Gembur tanah , tanam sayur-sayuran.  Done.  Selebihnya kerja tcher and anak-anak.  Mereka yang akan menjaga supaya tanaman tersebut tumbuh subur.  Hasilnya nanti dipraktikkan dalam aktiviti memasak.

Tunggu sahaja nanti.  Entah apa yang bakal dibawa pulang oleh adik.

Aiy ini macam dah tidak ada kerja.  Dok kelik kulit orang lain.  Tu yang dok berteduh di bawah pohon yang rendang sahaja.  Harapkan batas berhampiran dengan pohon.  Hendak berjemur.... kena fikir gak. Orang lain berjemur , kulit jadi kemerah-merahan ataupun ke'pink'-'pink'an.  Aiy terus terbakar.  Hangus.  Gelap gulita jadinya.  

Nasib baik sentiasa berbaju lengan panjang.  So dapat cover lengan.  Jika hendak buat perbandingan.  tengok lengan okey.... Tang jari-jemari jangan dilihat.  Memang macam kuih lapis coklat dan vanilla.  Jauh berbeza.  Malu weeeiii.  Muka dengan leher.  Lagilah tidak tahu hendak cakap apa....














Sebab sudah tidak tahu apa hendak cakap , tengok jelah berbunga yang sedang mekar tidak sejambak tu.  Mood hendak tanam menanam sudah terbantut , sebab sentiasa menjadi bahan gurauan di dalam rumah ini.  Nasib badan.

Orang lain dok dalam bangunan 24 jam , bolehlah kulit putih bersih.  Tang aiy yang dok ke sana ke mari sememangnya layak bertukar warna kulit.  Mood mengajuk.  Tunggu orang pujuk.

Jangan harap.